comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Penganggur dipenjara sebulan, curi setandan pisang

KUALA TERENGGANU: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 30 hari oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana mencuri setandan pisang.

Tertuduh, Wan Mustafa Ab Rahman, 44, mengaku bersalah selepas pertuduhan mengikut seksyen 379 Kanun keseksaan kerana mencuri, di hadapan Masjistret Nor Mazrinie Mahmud.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah mencuri setandan pisang milik seorang warga emas.

Kesalahan dilakukan di Kampung Beladau Kolam Manir, Kuala Terengganu, pada 29 April lalu kira kira jam 6.50 petang.

Mahkamah memerintahkan hukuman berkuatkuasa dari tarikh tangkapan pada 29 April.

Pendakwaan kes dikendali Timbalan Pendakwaraya Nor Aishah Mohamad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini