comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Penganggur mengaku salah samun remaja dalam lif

 

JOHOR BAHRU: Lelaki yang menyamun remaja dalam lif sebuah pangsapuri di sini minggu lalu, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini.

Mohamad Hidayat Daim, 43, yang tidak diwakili peguam membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Fatimah Zahari.

Tertuduh yang juga seorang penganggur didakwa melakukan samun terhadap remaja berumur 14 tahun dalam sebuah lif, kira-kira jam 3.18 petang, di blok A pangsapuri Desa Jaya, Jalan Bayu Puteri 2, Johor Bahru.

Mohamad Hidayat Daim, 43, (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bharu, hari ini.

Pelbagai barangan milik mangsa disamun termasuk sebuah telefon bimbit jenis Vivo Y15A warna biru gelap.

Tuduhan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat.

Berikutan pengakuan bersalahnya, Thiviya mencadangkan ikat jamin RM15,000, selain tertuduh perlu melapor diri di balai polis sebulan sekali, menyerahkan pasport antarabangsa dan memohon mahkamah memberi amaran kepada lelaki itu supaya tidak menganggu mangsa.

Selepas tertuduh menyatakan tidak mahu diikat dijamin, Fatimah menetapkan 20 November depan sebagai tarikh sebutan fakta dan jatuh hukum.

Tangkap layar video tular

Sebelum ini, tular video berdurasi 32 saat di media sosial yang memaparkan seorang remaja lelaki  disamun seorang individu bertopi keledar ketika berada dalam lif di sebuah pangsapuri.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini