comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Penganggur mengaku tidak bersalah pecahkan patung Buddha

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu atas tuduhan melakukan perbuatan khianat merosakkan patung buddha di sebuah kuil berusia 80 tahun.

 

Tertuduh, Salim Yusof, 42 tahun, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak selepas berdepan satu pertuduhan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan perbuatan itu di Persatuan Nan Ann yang terletak di Jalan Kemajuan, Daerah Kuala Terengganu, pada 29 Ogos 2024, kira-kira jam 7.15 pagi.

Tertuduh didakwa melakukan khianat dengan merosakkan patung budda dan memecahkan kotak cermin kaca milik persatuan berkenaan.

Salim, didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh didenda dan atau dipenjara hingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Oktober 2024 sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Khairi Mohamed Noor.

Manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini