comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Pengarah syarikat ditahan disyaki beri rasuah untuk dapat kontrak kerajaan

Foto Ihsan SPRM

GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang hari ini menahan seorang pengarah syarikat kerana disyaki memberi suapan kira-kira RM13,000 kepada jurutera sebagai balasan bagi mendapatkan kerja kontrak dengan sebuah jabatan di negeri itu.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira jam 3 pagi ketika memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang, di sini, bagi membantu siasatan.

Terdahulu, SPRM menahan reman seorang jurutera kerana disyaki meminta dan menerima suapan berjumlah kira-kira RM13,000 daripada kontraktor pada pertengahan tahun 2022 dan menggunakan wang itu bagi membeli sebuah meja snuker serta sebuah meja ping pong yang ditempatkan di pejabatnya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan itu dan berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Perintah reman selama lima hari bermula hari ini sudah dikeluarkan Majistret Shyahirah Abdul Salim selepas pihak SPRM membuat permohonan di Mahkamah Majistret Georgetown hari ini.

Suspek diwakili peguam dari Yayasan bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini