comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Peniaga Didakwa Tipu Lelaki RM50,000 Guna Nama Ahmad Maslan

BUTTERWORTH: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menipu seorang lelaki dengan mengaku sebagai pembantu peribadi kepada bekas Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan sehingga menyebabkan mangsa menyerahkan wang sebanyak RM50,000.

Kamarul Ramizu Idrus, 54, didakwa menipu Abdul Hadi Abd Majid, 34, dengan memperdaya mangsa kononnya dia akan mengambil tindakan ke atas Abdul Hadi yang dikatakan terlibat dalam skim pelaburan emas sehingga menyebabkan mangsa menyerahkan wang itu.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada 6 Julai 2015 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 28(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Tertuduh berdepan hukuman maksimum penjara 10 tahun dan dengan sebatan dan boleh didenda mengikut Sekyen 420 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan.

Hakim Norhayati Mohamad Yunus membenarkan tertuduh, diikat jamin RM40,000 dengan dua penjamin serta mengenakan syarat agar tertuduh menyerahkan dokumen perjalanan kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan.

Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 10 Disember.

Loading...
Terkini