comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Penjawat awam mengaku tidak bersalah terima kenderaan sebagai rasuah

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah 

KUALA TERENGGANU: Seorang Pembantu Tadbir Kanan yang berdepan enam pertuduhan di bawah Seksyen (a)(B) 2009 bersabit dakwaan menerima pemberian kenderaan bernilai RM90,000 secara sewa beli, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Tertuduh, Yusliza Othman, 51, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Yusliza didakwa menerima dan menggunakan sebuah kereta jenis Honda Stream dengan pembiayaan RM1,068 sebulan, ditanggung sepenuhnya oleh syarikat pembekal sebagai balasan memudahkan syarikat tersebut memperoleh kerja-kerja pembekalan di Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) secara berterusan dari tahun 2017 sehingga 2022.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh juga dilarang mengganggu saksi-saksi pendakwaan, serta perlu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah dan arahan lapor diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terdekat sebelum 7 hari bulan setiap bulan sehingga kes selesai.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini