
Oleh: Aslina Abu Bakar
PETALING JAYA: Pasukan pendakwaan mengemukakan 32 saksi dalam perbicaraan kes ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin terhadap pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autisme yang dijalankan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Sebelum ini, mahkamah memberitahu, seramai 15 individu akan dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan terhadap pasangan itu yang ditetapkan selama 15 hari sehingga Mac.
Pasukan pendakwaan mengemukakan 32 saksi dalam perbicaraan kes ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin terhadap pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autisme yang dijalankan di Mahkamah Sesyen hari ini. pic.twitter.com/wGeDPG5ZMb
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) February 3, 2025
.
Pun begitu, sepertimana dimaklumkan peguam yang mewakili pasangan itu kepada media, Haresh Mahadevan memaklumkan pihaknya menerima senarai nama 32 saksi pendakwaan yang dijadual memberi keterangan mengikut tarikh yang ditetapkan.
Tarikh-tarikh perbicaraan yang ditetapkan ialah pada 3 hingga 7 Februari, 17 hingga 21 Februari dan 10 hingga 14 Mac depan.
Jumaat lalu, Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan Ismanira Abdul Manaf, 30, memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk menggantung prosiding perbicaraan itu.
Pada, 21 Januari lalu pasangan ini telah menfailkan permohonan untuk membatalkan dakwaan mengabaikan kanak kanak autistik tersebut sekaligus membebaskan mereka daripada pertuduhan itu.
Malah mereka turut meminta perbicaraan yang berlangsung pada hari ini ditangguhkan selagi permohonan mereka didengar di mahkamah tinggi Shah Alam pada 4 Februari.
Namun pada prosiding 28 Januari lalu, Hakim Dr. Syahliza Warnoh menolak permintaan itu dan memerintahkan perbicaraan dijalankan seperti tarikh ditetapkan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.