comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Pihak pendakwaan kes 1MDB tutup kes

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan kes penyelewengan dana syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi Datuk Seri Najib Razak akhirnya menutup kes hari ini selepas perbicaraan mengambil masa selama enam tahun.

Prosiding kes itu berlangsung selama 235 hari.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib memaklumkan pihak pendakwaan menutup kes selepas semua 50 saksi selesai memberikan keterangan hari ini .

“Saya dengan ini menutup kes pendakwaan selepas 235 hari perbicaraan yang memakan masa selama enam tahun dan mendengar keterangan 50 saksi pendakwaan,” katanya.

Perbicaraan kes skandal penyelewengan dana 1MDB itu bermula pada 28 Ogos 2019.

Berita lanjut menyusul

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini