comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Proses reman kes Zayn Rayyan kecoh, keluarga tuntut keadilan

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

PETALING JAYA: Perkarangan Mahkamah Petaling Jaya sedikit kecoh pagi ini apabila ibu bapa kepada kanak-kanak autisme , Zayn Rayyan Abdul Matiin tiba di Mahkamah Majistret 5 sekitar 9.28 pagi tadi.

Difahamkan kekecohan dicetuskan ahli keluarga ibu bapa kanak-kanak itu yang bertindak berteriak dan menjerit tidak puas hati sebaik melihat pasangan yang memakai pakaian lokap bewarna ungu itu masuk ke dalam mahkamah.

@buletintv3

Perkarangan Mahkamah Petaling Jaya sedikit kecoh pagi ini apabila ahli keluarga ibu bapa Zayn Rayyan bertindak berteriak dan menjerit tidak puas hati sebaik melihat pasangan yang memakai pakaian lokap bewarna ungu itu masuk ke dalam mahkamah. Mereka juga turut membawa gegantung tertera “Keadilan untuk Zayn Rayyan” di bawah mahkamah. BuletinTV3 BeritaDiTiktok KesBunuh #ZaynRayyan

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

Mereka juga membawa gegantung tertera “Keadilan untuk Zayn Rayyan” di perkarangan mahkamah.

Pihak polis ketika ini sedang mengemukakan permohonan untuk melanjutkan tempoh tahanan reman ibu bapa kanak-kanak malang itu yang berakhir hari ini selepas ditahan 31 Mei lalu di sekitar Puncak Alam.

Hadir sama peguam mewakili pasangan ini, Fahmi Abd Moin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan sebelum ini berkata, penangkapan pasangan suami isteri itu adalah berdasarkan hasil maklumat risikan dan siasatan dari hari pertama kejadian.

Pada 5 Disember tahun lalu, kanak-kanak enam tahun itu dilaporkan hilang di Damansara Damai sebelum mayatnya ditemui berhampiran aliran anak sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok unit kediamannya di Apartment Idaman pada keesokan hari.

Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini