comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Pukul kakak ipar, lelaki dipenjara 14 hari

Foto hiasan

TAMPIN: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 hari terhadap seorang pekerja pembersihan, atas kesalahan membelasah teruk kakak iparnya pada 24 Disember tahun lalu.

Muhammad Syahmi Mohd Bakri, 30. dari Johol, didenda RM2,000 dan sekiranya gagal membayar denda itu boleh dipenjara empat bulan.

Keputusan dibuat Majistret Kartini Kasran selepas tertuduh mengaku salah mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dihukum mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap kakak iparnya berusia 39 tahun dengan cara menumbuk dan memukul menggunakan tangan sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian telinga, kulit sebelah kiri kepala, lebam mata kanan serta tengkuk, sakit pada bahagian tulang belakang serta pinggul.

Perbuatan ganas tertuduh itu dilakukan lebih kurang jam 11.30 pagi 24 Disember lalu di sebuah rumah di Taman Indah, Tampin.

Mengikut fakta kes, kejadian berlaku di ruang tamu rumah selepas berlaku selisih faham di antara tertuduh dengan kakak iparnya itu berkaitan masalah keluarga.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi mahu mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal disebabkan perbuatannya itu menyebabkan wanita berkenaan mengalami kecederaan di seluruh badan.

Loading...
Terkini