Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah
KUALA TERENGGANU: Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini melanjutkan tempoh reman 6 hari lagi ke atas pasangan suami isteri yang ditahan bersama 6 kilogram dadah.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak sehingga 14 September depan bagi membolehkan polis melalukan siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Kedua-dua suspek berusia 34 dan 37 tahun itu dicekup pada 1 September lalu dalam satu serbuan di rumah pasangan berkenaan di Jalan Kubang Ikan, Kuala Terengganu.
Hasil pemeriksaan pihak polis menemukan lebih 5.7 kilogram pil yaba bernilai RM720,000 dan 631.91 gram Erimin 5 bernilai RM48,000 dengan rampasan dianggarkan bernilai RM768,000.
Polis turut menyita kenderaan, wang tunai dan barang kemas dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM1.05 juta.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.