comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Rogol anak jiran, penganggur dipenjara 12 tahun, 4 sebatan

MUAR: Penganggur dipenjara 12 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan merogol anak rakan baiknya hingga ditidurkan selepas mengalami pendarahan teruk, bulan lalu.

Tertuduh, Nashhraf Mohd Shafie, 26, yang pernah menjalani hukuman mengikut Akta Pencegahan Jenayah (Poca) di Kelantan empat tahun lalu, dijatuhi hukuman selepas membuat pengakuan itu melalui pertuduhan dikemukakan jurubahasa di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di sebuah rumah di Rengit, Batu Pahat, antara 8.15 hingga 9 malam, 29 September lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (c) Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Selepas mendengar rayuan dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan empat sebatan dengan hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap, 3 Oktober.

Mahkamah juga mengarahkan tertuduh menjalani sesi kaunseling sepanjang dipenjara serta pengawasan polis setahun selepas selesai hukuman.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini