comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Rogol kekasih dalam semak

KUALA TERENGGANU: Seorang remaja lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan merogol kekasihnya di dalam semak dua tahun lalu.

Muhammad Syafiq Arman Mohd Shuhaimi,19 tahun, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan di bawah seksyen 376 (1) kanun keseksaan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Berdasarkan pertuduhan, Muhammad Syafiq didakwa merogol mangsa yang ketika kejadian berumur 14 tahun di kawasan semak di Kuala Terengganu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pertengahan April 2021, kira-kira pukul 9.30 malam.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan sebat.

Mahkamah menetapkan 25 Jun depan sebagai tarikh sebutan hukuman, sementara menunggu laporan sosial Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Tertuduh dibenar diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Loading...
Terkini