comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Rompak warga Myanmar, lelaki dipenjara 7 tahun, 1 sebatan

Foto hiasan

KUALA TERENGGANU: Seorang peminta sedekah dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan satu sebatan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merompak warga Myanmar.

Hakim Nooriah Osman membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mohd Fairuz Embong,41, didapati bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merompak harta iaitu wang tunai berjumlah RM518, kad pengeluaran wang automatik (ATM)dan kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) milik seorang warga asing.

Kesalahan itu dilakukan di tepi jalan Kampung Tok Jiring, Kuala Nerus, jam 6.20 petang pada 11 Mei 2021

Tertuduh berdepan pertuduhan mengikutSeksyen 392 Kanun Keseksaan.

Mahkamah kemudian memerintahkan hukuman penjara bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 14 Mei 2021.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hanis Nabihah Hizamul-Din.

Loading...
Terkini