comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Rompakan berkumpulan, jurujual mengaku bersalah 

Putera Anwar Aidil Mazlan, 24, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan secara berkumpulan terhadap seorang mangsa di kawasan perkuburan Kampung Pauh Lima, Gunong, Bachok -Foto: NSTP

KOTA BHARU: Seorang jurujual mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan secara berkumpulan terhadap seorang mangsa, 8 April lalu.

Tertuduh, Putera Anwar Aidil Mazlan, 24, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh bersama dua yang masih bebas didakwa melakukan rompak berkumpulan dengan menggunakan senjata berbahaya iaitu lawi ayam terhadap Muhammad Zhamaqsyary Mohd Zalkiman, 24, dengan mengambil jam tangan G-Shock, dompet, telefon bimbit motosikal Honda EX5.

Perbuatan itu dilakukan berdekatan kawasan perkuburan Kampung Pauh Lima, Gunong, Bachok, jam 10 malam, pada 8 April 2024.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca bersama seksyen 397 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Edabayu Subhan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Siti Edabayu tidak mencadangkan sebarang wang jaminan kepada tertuduh.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 24 Julai depan untuk fakta kes.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini