comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Salah guna jawatan terima suapan RM200,000, penjawat awam wanita ditahan

 

SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan seorang penjawat awam di sebuah jabatan kerajaan kerana disyaki menggunakan jawatan untuk mendapatkan wang tuntutan berjumlah lebih RM200,000.

Menurut sumber, suspek adalah wanita berusia 30an dipercayai ditahan kira-kira jam 1 petang tadi ketika hadir di pejabat SPRM Negeri Sembilan untuk memberi keterangan.

“Suspek disyaki menyalahgunakan jawatannya pada tahun 2020 hingga 2023 dalam mengadili kes tuntutan kewangan di mana wang tuntutan tersebut diterima sebagai suapan bagi dirinya sendiri,” kata sumber itu lagi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, KPKPj Awangkok Ahmad Taufik Putra bin Awang Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban bagi tujuan permohonan reman esok pagi.

Loading...
Terkini