comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Sarjan disyaki rogol pelajar, dilanjut tempoh reman 

PARIT: Mahkamah Majistret di sini hari ini melanjutkan tempoh reman seorang pegawai polis berpangkat sarjan yang disyaki merogol pelajar perempuan Tingkatan Empat disambung sehari lagi.

Suspek yang berusia lingkungan 42 tahun itu ditahan 28 Januari lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin hari ini membenarkan suspek dilanjutkan reman hingga esok.

Terdahulu, suspek yang memakai baju jersi hitam tiba di Mahkamah Majistret Parit jam 8.50 pagi dengan menaiki kereta polis sebelum keluar sejam kemudian.

Media sebelum ini melaporkan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun mendakwa dirogol sarjan polis sebanyak dua kali di dalam kereta, masing-masing di hadapan balai polis dan di kawasan parkir pasar raya dalam daerah Perak Tengah, pada Julai dan Oktober tahun lalu.

Perbuatan suspek yang juga Timbalan Ketua Balai itu terbongkar selepas mangsa memberitahu ibunya, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes terbabit pada 20 Januari lalu.

 

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini