comscore
Tumpuan :
Mahkamah

“Saya masih ‘single’ dan ‘available’”

 

Hafidz Roshdi keluar dari perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam selepas prosiding bagi pengesahan lafaz cerai terhadapnya Nurul Shuhada Mat Shukri, pagi tadi. – FOTO: NSTP

SHAH ALAM: “Saya masih ‘single’ dan ‘available’. Jika bercerai, saya masih ‘single’ dan tak berkahwin lagi. Tuduhan kahwin kali kedua tidak betul. Itu semua fitnah.”

Pelakon Hafidz Roshdi, 29, menafikan berkahwin lain seperti dakwaan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29.

Hafidz menjawab tuduhan Nurul Shuhada yang mendakwanya berkahwin dua menerusi surat terbuka yang dimuat naik dalam laman sosial pada 11 Mac lalu.

Dia ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, di sini, selepas prosiding bagi pengesahan lafaz cerai Hafidz terhadapnya isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, pagi tadi.

Terdahulu, peguam yang mewakili Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, pihak plaintif menyatakan tuntutan lain dengan adanya lafaz cerai yang berlaku pada 22 Januari lalu, justeru mereka perlu menunggu keputusan mahkamah untuk keputusan kedua-dua lafaz cerai.

“Kita tunggu mahkamah putuskan mengenai kedua-dua lafaz ini,” katanya yang turut ditemui bersama Hafidz selepas berakhirnya prosiding berkenaan.

Terdahulu, menerusi kenyataan balas terhadap surat terbuka dimuat naik Hafidz dalam Instagram (IG), Nurul Shuhada mendakwa Hafidz berkahwin tanpa izinnya.

“Saya tidak lagi boleh berdiam. Saya terasa dikhianati, semuanya berlaku tanpa pengetahuan saya.

“Tetapi dengan pengetahuan keluarga Hafidz iaitu membenarkan Hafidz berkahwin tanpa izin saya,” katanya.

Nurul Shuhada berkata, luahan dimuat naik rentetan surat terbuka Hafidz dibuat bagi melindungi diri dan dua cahaya matanya.

Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6 dan Umar, 2.

Loading...
Terkini