comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Sembilan ditahan polis susulan kes bunuh pengurus syarikat

 

MELAKA: Sembilan lelaki termasuk seorang ahli perniagaan bersama teman wanitanya, direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pergaduhan hingga menyebabkan kematian seorang pengurus syarikat dalam kejadian di sebuah gerai makan dekat Taman Kenanga, Tengkera di sini, semalam.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman, selepas meluluskan permohonan polis mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi melengkapkan siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu semua suspek dibawa ke pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh jam 9 pagi dengan diiringi anggota Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah.

Sharda Shienha membenarkan reman terhadap semua suspek berusia 20 hingga 38 tahun bermula hari ini hingga 16 Mei depan.

Pagi tadi, media melaporkan akibat mengeluarkan perkataan tidak senonoh, seorang pengurus syarikat maut dalam pergaduhan di kawasan kedai makan di Jalan Kenanga, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, dilapor berkata kejadian dipercayai berlaku antara 4 hingga 4.15 pagi dan mangsa berusia 35 tahun itu disahkan meninggal selepas dibawa ke Hospital Melaka, kira-kira 5.20 pagi, untuk menerima rawatan.

Sebelum kejadian kira-kira 2 pagi itu, mangsa dipercayai mabuk selepas berhibur pergi ke gerai berhampiran lokasi kejadian untuk makan dan minum bersama rakan-rakannya.

Susulan itu pasukan polis melakukan tangkapan ke atas tujuh individu termasuk ahli perniagaan terbabit dan pengawal peribadinya serta merampas senjata yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan iaitu pisau dan batang besi.

Loading...
Terkini