comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] SPRM reman lima individu dalam kes elak bayar royalti penjualan emas

 

PUTRAJAYA: Lima individu direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dalam kes berkaitan memperdaya kerajaan negeri Sabah bagi mengelak membayar royalti penjualan emas.

Perintah reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 26 Mei dikeluarkan oleh Majistret Shasha Damia Sabtu di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor pagi tadi.

Menurut sumber, kesemua suspek terdiri daripada pengarah dan pengurus akaun syarikat emas serta tukang emas dalam lingkungan umur antara 30 hingga 50 tahun itu ditahan kira-kira jam 5 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM.

Suspek terlibat disyaki membeli emas dengan jumlah berat ratusan kilogram dengan anggaran nilai jutaan ringgit dan telah mengemukakan penyata jual beli emas yang mengandungi butiran palsu bagi mengelak daripada membayar royalti sebenar kepada kerajaan negeri Sabah.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Loading...
Terkini