Tumpuan :
Mahkamah

SPRM tahan 8 individu termasuk 6 pemeriksa kenderaan disyaki terbabit rasuah

FOTO: SPRM

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan lapan individu, termasuk enam pegawai pemeriksa kenderaan, yang disyaki terlibat dalam sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat di sebuah pusat pemeriksaan kenderaan sekitar ibu negara.

Menurut sumber, kesemua suspek lelaki yang berusia antara 30 hingga 50-an itu ditahan antara jam 12 tengah hari hingga 11 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Penahanan mereka adalah hasil soal siasat yang dijalankan oleh SPRM ke atas seorang ejen yang telah diserahkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

FOTO: SPRM

Walaupun keenam-enam pegawai pemeriksa kenderaan tersebut ditahan, mereka telah dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan diambil.

Sementara itu, dua individu lain yang turut terlibat telah direman selama lima hari bermula hari ini hingga 11 Januari.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (b) (A) Akta SPRM 2009.

Beliau juga menambah setakat ini, SPRM telah menahan sembilan individu dan tidak menolak kemungkinan lebih banyak tangkapan susulan akan dilakukan bagi membantu siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini