comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Suami isteri dibunuh dengan sabit sawit, warga emas direman 

 

FOTO: NSTP

MANJUNG: Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan seorang warga emas direman bagi membantu siasatan pembunuhan suami isteri di kawasan kebun sawit di Pantai Remis, semalam.

Mangsa dipercayai dibunuh dengan menggunakan sabit sawit.

Permohonan reman dibenarkan oleh Majistret T Kavita selama tujuh hari bermula hari ini hingga 12 Mac depan terhadap lelaki tempatan yang berusia 61 tahun itu.

Siasatan kes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, media melaporkan penemuan dua mayat pasangan suami isteri masing-masing berusia 75 tahun maut di kawasan kebun sawit di Pantai Remis, di sini, semalam akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan muka.

Suspek adalah bapa saudara kepada mangsa lelaki.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, berkata siasatan awal mendapati, kejadian disyaki berpunca daripada perebutan harta yang menyebabkan berlakunya pergaduhan antara suspek dengan kedua-dua mangsa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini