comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Suami isteri silap bancuh susu bayi didakwa esok

PETALING JAYA: Suami isteri yang ditahan selepas tersilap membancuh susu bayi mereka dengan air syabu di sebuah flat di Taman Medan, di sini, pada 19 Februari lalu, akan didakwa di mahkamah, esok.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, kedua-dua suspek masing-masing berusia 34 dan 40 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Sesyen, di sini, kira-kira jam 9 pagi esok.

“Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, pada 19 Februari, suami isteri yang ‘lalok’ itu ditahan selepas tersilap membancuh susu bayi mereka dengan air syabu di sebuah flat di Taman Medan, di sini.

Shahrulnizam dipetik berkata, bayi lelaki berusia setahun empat bulan itu dihantar suami isteri berkenaan kepada neneknya berusia 55 tahun yang tinggal di Seri Kembangan pada hari kejadian.

Menurutnya, semasa dalam jagaan neneknya, mangsa tidak berhenti menangis, terlalu aktif dan sukar dikawal sebelum dia bertanyakan mengenai perkara itu kepada ibu mangsa.

Katanya, ibu mangsa kemudian mengaku tersilap membancuh susu bayi berkenaan menggunakan air syabu milik suaminya.

Loading...
Terkini