Tumpuan :
Mahkamah

Suami Zahnita didakwa atas pertuduhan cederakan isteri, salahguna dadah

Tertuduh, Abd Zackery Ghouse Abd Gafoor, 46, minta dibicarakan sebaik pertuduhan mencederakan isteri, dibacakan.

Oleh: Fazli Ahmad

KUANTAN: Ahli perniagaan dihadapkan ke mahkamah majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan isteri yang juga pelakon serta bekas model terkenal dan tuduhan menyalahgunaan dadah.

Bagaimanapun tertuduh, Abd Zackery Ghouse Abd Gafoor, 46, minta dibicarakan sebaik pertuduhan mencederakan isteri, dibacakan.

Manakala bagi pertuduhan menyalahgunakan dadah, tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut fakta kes, bagi pertuduhan mencederakan isteri, tertuduh didakwa dengan sengaja mencederakan pelakon, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, di sebuah rumah di Indera Mahkota, Kuantan kira-kira-kira jam 8:20 pagi, 7 Mei lalu.

Bagi pertuduhan itu, ahli perniagaan terbabit didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dipenjara setahun dan denda.

Pendakwaan dilakukan B. Deevagaran Naidu dan tertuduh diwakili peguam Muhammad Amirul Afiqq Lokman.

Perdakwaan dibacakan dihadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman

Sebelum itu, tertuduh didakwa di hadapan majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat atas tuduhan menggunakan dadah berbahaya iaitu, 11-nor delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, kira-kira jam 5:45 petang, 2 Disember lalu.

Bagi pertuduhan itu, Abd Zackery Ghouse didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibaca bersama Seksyen 38B akta sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun dan denda tetapi tiada pengakuan direkodkan sebaik pertuduhan dibacakan.

Pendakwaan kes dibuat Timbalan Pendakwa Raya Pahang, Lukman Hakim Mohamad Usari.

Mahkamah menetapkan 7 Januari depan untuk sebutan semula bagi pertuduhan mencederakan isteri dan 7 Februari bagi pendakwaan menyalahgunakan dadah.

Bagi kedua-dua pertuduhan mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM6,600.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini