comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Sukarelawan pegawai penguat kuasa syariah didakwa cabul wanita 

 

KEMAMAN: Seorang sukarelawan pegawai penguat kuasa syariah yang didakwa bertindak memeluk pinggang seorang wanita sebelum ini, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kemaman atas kesalahan mecabul.

Tertuduh, Shahar Rudin Abd Rashid, 53 tahun, hanya mengangguk faham dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang berusia 25 tahun dengan cara memeluk bahagian pinggang bagi maksud mencabul kehormatan.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh pada Jumaat lalu, jam 7.00 petang di Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun, denda dan sebat  atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan tidak boleh mendekati dan menggangu mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai dibicarakan.

20 Mei depan ditetapkan sebagai sebutan semula kes.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Azhani Azman manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Ahnaf Zaimi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini