comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Syed Saddiq Akan Didakwa Atas Dua Pertuduhan

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas satu pertuduhan pecah amanah membabitkan wang RM1 juta dan satu pertuduhan lain.

Mengikut sistem mahkamah, kes Syed Saddiq akan disebut di hadapan Hakim Azura Alwi dan Suzana Hussin.

Sementara itu, menurut sumber, Syed Saddiq akan didakwa mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan pecah amanah dana sebuah parti politik dan Seksyen 403 Kanun Keseksaan berkaitan menyalahgunakan harta iaitu wang.

Sumber berkata kesalahan itu dipercayai dilakukan pada 2018 dan 2020. – BERNAMA

Loading...
Terkini