comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Syed Saddiq Diarah Bela Diri Atas Tuduhan Subahat Pecah Amanah, Ubah Wang Haram

KUALA LUMPUR : Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diarahkan membela diri atas tuduhan pecah amanah jenayah, penyelewengan wang dan pengubahan wang haram.

Hakim Azhar Abdul Hamid berkata, pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas menteri belia dan sukan itu.

Syed Saddiq, 29, didakwa bersubahat dengan bekas penolong bendahari Pemuda Bersatu Rafiq Hakim Razali dalam pecah amanah jenayah membabitkan RM1 juta di CIMB Bank Bhd, Jalan Stesen Sentral 2, di sini, pada 6 Mac 2020.

Dia juga didakwa menyalahgunakan wang RM120,000 daripada akaun bank milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk dirinya sendiri dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang tersebut di Malayan Banking Bhd Taman Pandan Jaya, di sini antara 8 hingga 21 April 2018.

Presiden Muda itu, yang juga bekas Ahli Parlimen Muar, turut berdepan dua tuduhan pengubahan wang haram melibatkan dua transaksi masing-masing RM50,000, di dalam akaun Maybank Islamic Bhd ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, di sebuah bank di Taman Perling, Johor Bahru, pada 16 dan 19 Jun 2018. -BULETIN TV3

Loading...
Terkini