comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Tempoh reman anak Menteri Besar Perlis dan empat lagi suspek disambung sehari

Suspek terdiri daripada anak Menteri Besar Perlis (hadapan sekali) termasuk Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Perlis dibawa keluar dari Mahkamah Kangar selepas tempoh reman mereka disambung sehari lagi. – FOTO: NSTP

KANGAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya menyambung tempoh reman selama sehari lagi sehingga esok terhadap anak Menteri Besar Perlis dan empat lagi suspek yang ditahan berhubung siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Sambungan tempoh reman itu dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Mahkamah Majistret Kangar selepas tempoh asal reman kesemua suspek tamat pada hari ini.

Sumber SPRM berkata, dalam masa yang sama juga, seorang daripada enam suspek yang bertugas sebagai pembantu teknik di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dipercayai berusia 20an yang ditahan semalam sudah pun dibebaskan hari ini.

“Suspek memberikan kerjasama yang baik dalam hal ini,” katanya dengan ringkas.


Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 diwakili peguam Mohd Fadhly Yaacob dan Mohd Fadhly ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Kangar berkata, ini adalah fasa sambungan reman yang terakhir buat anak guamnya.

“SPRM meminta tujuh hari sebagai tempoh sambungan reman namun pihak mahkamah hanya membenarkan sehari sahaja lagi tempoh reman disambung.

“Ini adalah untuk segala siasatan anak guam saya diselesaikan dengan segera dan selepas esok anak guam saya harus dilepaskan.

“Setakat ini, hanya seorang anak guam saya dibebaskan daripada siasatan ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Putrajaya, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan sambungan tempoh penahanan berkenaan.

Semalam, anak Menteri Besar Perlis yang juga menantu kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menjadi antara enam individu yabg direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Ia membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaikpulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022 hingga hari ini dimana menjurus kepada tuntutan palsu terhadap kerja yang tidak dilaksanakan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini