comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Terima suapan RM7,500, kakitangan institusi pendidikan direman

MELAKA: Kakitangan sebuah institusi pendidikan di Melaka direman lima hari bermula hari ini, susulan kes menerima suapan berjumlah RM7,500 daripada beberapa kontraktor penyelenggaraan.

Perintah reman sehingga Sabtu ini dikeluarkan Majistret Khairunnisak Hassni selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lelaki berusia 41 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Sumber berkata, suspek adalah bekas pembantu operasi yang kini dipindahkan ke bahagian lain, disyaki menerima suapan bagi membantu mempercepat proses bayaran kerja-kerja yang dilakukan kontraktor penyelenggaraan, sekitar 2022.

Dia sebelum itu ditahan kira-kira 2 petang semalam ketika hadir di pejabat SPRM di sini.

Pengarah SPRM Melaka Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini