comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Tiada keadaan khas atau luar biasa, permohonan Siti Bainun tangguh hukuman penjara ditolak

KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, kekal dipenjara selepas sekali lagi gagal dalam permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu atas kesalahan mendera dan menganiaya remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella, sementara menunggu proses rayuan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Bache, hari ini menolak permohonan itu selepas mendapati tiada keadaan khas atau luar biasa untuk membenarkan penangguhan hukuman berkenaan.

Pada 3 Mei lalu, Hakim Mahkamah Sesyen, Izralizam Sanusi, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap Siti Bainun bagi pertuduhan pertama atas kesalahan mengabaikan dan 12 tahun penjara bagi tuduhan kedua kerana menganiaya, dengan kedua-dua hukuman diperintahkan berjalan secara serentak.

Izralizam mengarahkan Siti Bainun dihantar ke penjara serta-merta, selepas menolak permohonan peguam bela pengasas Rumah Bonda itu, Mohammad Farhan Maaruf, untuk menangguhkan hukuman berkenaan sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah juga menetapkan supaya Siti Bainun menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun, dengan cagaran RM5,000 dan menjalani khidmat masyarakat selama 200 jam, yang disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

Loading...
Terkini