comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Tiga rakan dituduh rompak guna pistol mainan

ALOR SETAR: Tiga rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan menggunakan pistol mainan di sebuah stesen minyak pada 12 November lalu.

Bagaimanapun ketiga-tiga tertuduh, Mohd Aliff Danish Abdullah, 24, Muhammad Iqmal Md Yusli, 22, dan Mohd Zamanizam Mat Hassan, 29, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Juraidah Abbas.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa melakukan rompakan ke atas seorang individu berusia 24 tahun dengan bersenjatakan pistol mainan di sebuah stesen minyak di Kodiang, Kubang Pasu pada jam 4.15 pagi, 12 November lalu.

Mereka didakwa melalukan kesalahan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan disebat.

Pertududuhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syifa Mohd Hamzah, manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Nur Syifa kemudian mencadangkan mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Mahkamah kemudiannya membenarkan ketiga-tiga tertuduh dijamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan kesemua mereka perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap 1 haribulan setiap bulan.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes itu pada 29 Disember depan.

Bagaimanapun, ketiga-tiga tertuduh gagal membayar wang jaminan menyebabkan mereka dibawa ke penjara.

Sebelum ini media melaporkan mengenai penahanan tiga suspek yang bertindak melarikan diri dengan menggunakan kereta Proton Satria, selepas merompak sebuah stesen minyak di Kodiang menggunakan pistol mainan.

Penahanan ketiga-tiga mereka dilakukan di sekitar Jitra dan Changlun, hanya sehari selepas rompakan itu dilakukan.

Loading...
Terkini