Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Tiga termasuk dua beradik mengaku tidak bersalah rogol remaja perempuan

JOHOR BAHRU: Dua beradik antara tiga pekerja kontrak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dekat sini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berumur 15 tahun, awal bulan ini.

Ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan hakim Siti Noraidah Sulaiman.

Tertuduh Najib Hashim, 22 dan adiknya Mohd Nazim, 18 didakwa merogol remaja terbabit yang juga kenalan mereka dalam sebuah kereta, di tepi jalan Bandar Baru Uda, Johor Bahru pada jam 9 malam 4 Ogos lalu.

Manakala rakan mereka, Mohamad Rizuan,18 pula didakwa atas dua tuduhan merogol mangsa yang sama, di sebuah rumah di Bandar Baru Uda, masing-masing pada jam 9 malam pada 5 Ogos 2023 dan jam 10 malam pada 6 Ogos 2023.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksima 20 tahun dan sebatan.

Mahkamah membenarkan Najib dan Muhammad Nazim masing-masing diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.

Manakala Mohamad Rizuan dikenakan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin.

Hakim memerintahkan semua tertuduh melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Wahida Shahudin manakala ketiga-tiga tertuduh dibela peguam, NurHazneena Zureen Jaesleen Mohamad Hanafiah.

18 Oktober depan tarikh sebutan semula kes.

Loading...
Terkini