comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Tikam 40 kali: Lelaki Rohingya dituduh bunuh rakan senegara

 

KOTA BHARU: Lelaki etnik Rohingya didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh rakan senegara di Kampung Melor pada 17 Oktober lalu.

Tertuduh, Mohd Salam Mohd Rashid, 32, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Rais Imran Hamid dan tiada pengakuan direkodkan.

 

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh seorang lelaki bernama Nurul Salam Mohammad Sadik, 44, di Kampung Melor, di sini, antara jam 8 pagi hingga 9.15 pagi pada 17 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan boleh dikenakan minima 12 sebatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Itah Abu Bakar dan Syazalia Che Suhaimin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Rais Imran memaklumkan tiada sebarang jaminan ditawarkan memandangkan kes berkenaan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 31 Januari sebagai tarikh laporan kimia dan forensik.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki etnik Rohingya yang ditemukan mati di sebuah rumah di Kampung Melor Lama akbat ditikam sebanyak 40 kali termasuk di bahagian dada.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun dilaporkan berkata, lelaki berusia 44 tahun ditikam rakan senegaranya yang berusia 32 tahun dalam kejadian 9.30 pagi.

Motif kejadian disebabkan cemburu kerana dipercayai mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isteri suspek berusia 29 tahun.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini