comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Tukang kayu lepas gian ‘skodeng’ isteri orang didenda RM1,300

 

KUALA TERENGGANU: Gara-gara menceroboh rumah jiran, seorang tukang kayu didenda RM1,300 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh Mohd Sukhri Mohd Adam, 47 tahun, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmod.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati melakukan pencerobohan jenayah dengan berada di bawah rumah pengadu dengan niat mengendap isteri jiran pengadu.

Tertuduh ditangkap oleh dua orang adik beradik pengadu yang menyedari kehadiran tertuduh di bawah rumah mereka dalam keadaan mencurigakan sebelum menghubungi pihak polis.

Perbuatan dilakukan pada 30 Ogos lalu jam 10.30 malam di Kampung Gelugor Haji Tahir di Kuala Terengganu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Loading...
Terkini