comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Bersyukur dan lega, mahu jalani kehidupan seperti biasa – Isa Samad

PUTRAJAYA: Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bersyukur dan menghormati keputusan yang telah dibuat Mahkamah Rayuan hari ini yang membebas dan melepaskannya daripada sembilan pertuduhan rasuah lebih RM3 juta.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di perkarangan mahkamah di sini hari ini.

@buletintv3 Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bersyukur dan menghormati keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, yang membebas dan melepaskannya daripada sembilan pertuduhan rasuah lebih RM3 juta. #BuletinTV3 #BeritaDiTiktok #isasamad #rasuah #mahkamah ♬ original sound – BuletinTV3

“Saya isteri serta keluarga melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinnya kes saya dah selesai saya dan saya berasa lega memudahkan saya dan keluarga menjalankan kehidupan seperti biasa.

“Apa yang diputuskan oleh mahkamah itu hak mahkamah, kita sebagai yang dituduh kita menerima apa sahaja keputusan, jadi (keputusan) ini saya terima sebagai satu kesyukuranlah,” katanya.

Terdahulu, beliau didakwa pada 2018 dengan sembilan pertuduhan menerima suapan berjumlah RM3,090,000 daripada Ikhwan Zaidel, iaitu Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB), berkaitan pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada harga RM160 juta.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No 11, Persiaran KLCC di sini, antara 21 Julai 2014 dan 11 Disember 2015 dan didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz manakala Mohd Isa diwakili peguam Datuk Salehuddin Saidin.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini