comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Mamat didakwa miliki dan mengambil dadah 

JOHOR BAHRU: Bekas vokalis Exists, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 46, didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret Johor Bahru, di sini, hari ini, atas dua pertuduhan memiliki dan mengambil dadah pada 2019.

Dia mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Fatimah Zahari dan Majistret, Hidayatul Syuhada Shamsudin selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.

Mengikut kertas pertuduhan pertama, Mamat didakwa memberi kepada diri sendiri dadah Methamphetamine kira-kira 2 pagi, 9 September 2019 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Johor Bahru Utara.

Mamat yang pernah popular dengan lagu Untukmu Ibu itu juga mempunyai kesalahan berulang memberikan dadah kepada diri sendiri pada tahun 2016 dan 2018.

Pendakwaan dibuat mengikut seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah seksyen 39C (1) (b) akta sama.

Mamat didakwa memiliki dadah jenis Methamphetamine dengan berat 0.17 gram pada 11.35 malam, 8 September 2019 di Taman Perling.

Pertuduhan kedua dibuat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah seksyen 12 (3) akta sama.

Terdahulu, di Mahkamah Sesyen, peguam mewakili tertuduh memohon anak guamnya dirujuk bagi mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Permai mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Fatimah kemudian membenarkan permohonan itu dan menetapkan tarikh 22 Februari depan untuk sebutan semula kes termasuk laporan perubatan.

Loading...
Terkini