comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Pekerja swasta didenda RM4,000 guna dokumen palsu mohon bantuan PPRT 

KUALA TERENGGANU: Seorang pekerja swasta didenda RM4,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menggunakan dokumen palsu bagi permohonan bantuan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bernilai RM50,000.

Tertuduh, Yushafiszam Yusof, 33, turut berdepan hukuman dua bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

@sprm.malaysiaSeorang pekerja syarikat luar pesisir (offshore) didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini kerana dipercayai menggunakan dokumen palsu bagi permohonan bantuan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bernilai RM50,000.♬ original sound – SPRM Malaysia

Keputusan dibuat Hakim Mohd Azhar Othman selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Tertuduh telah didakwa atas kesalahan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen bagi permohonan Bantuan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) melalui Jawatankuasa Task Force Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) Wilayah Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).

FOTO: SPRM

Dia mengemukakan Borang Permohonan PPRT yang mengandungi butir matan palsu berhubung maklumat pekerjaan serta jumlah pendapatan isi rumah bagi melayakkannya mendapat bantuan binaan baru rumah di Kampung Talong, Dungun, Terengganu yang dianggarkan bernilai RM50,000..

Kesalahan didakwa dilakukan di Dungun pada Mei  2019.

FOTO: SPRM

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan, berdepan hukuman mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan.

FOTO: SPRM

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mariah Omar dan Pegawai Pendakwa SPRM, Nur Raihan Mohd Yusof manakala tertuduh diwakili peguam, Kamaruzaman A Wahab.

Tertuduh ditahan semalam ketika hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Negeri Terengganu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini