comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Vokalis Exist berjaya ketepi hukuman penjara

Vokalis Exist, Mohd Ali Kamarudin (kiri) atau lebih dikenali sebagai Mamat Exist sebelum ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Majistret Johor Bahru atas dua pertuduhan berkaitan dadah lima tahun lalu.

JOHOR BAHRU: Vokalis Exist, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 47, yang sebelum ini berdepan pertuduhan mengambil dadah pada 2019, berjaya dalam rayuannya terhadap sabitan dan hukumannya di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini.

Mamat dijatuhi hukuman denda RM4,000 dan dua tahun pengawasan di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bentong dekat Pahang untuk rawatan dan pemulihan.

Bagi pertuduhan pertama, pelantun lagu ‘Untukmu Ibu’ itu membuat pengakuan bersalah dalam pertuduhan pindaan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 di hadapan Hakim Fatimah Zahari.

Mengikut pertuduhan, Mamat didakwa memberikan kepada diri sendiri dadah jenis Methamphetamine, kira-kira jam 2 pagi pada 9 September 2019 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara.

Mamat juga mempunyai kesalahan berulang mengambil dadah pada 2016 dan 2018.

Tuduhan sebelum ini dilakukan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, boleh dihukum di bawah Seksyen 39C (1) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Prosiding dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Bariah Jalil, manakala Mamat diwakili peguam bela, Azlina Abdul Aziz.

Mamat kemudian membayar denda yang dikenakan menerusi peguamnya.

Pada awal tahun ini, Mamat yang berdepan dua pertuduhan memiliki dan mengambil dadah pada 2019 mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Fatimah Zahari dan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin, sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini