comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Wanita dakwa suara bilal ganggu kejiranan direman 4 hari

FOTO: Tular

GEORGE TOWN: Wanita yang didakwa masuk ke ruang solat lelaki dan bertanyakan soalan kurang sopan di Masjid Jamek Ar-Rahman, Batu Feringghi di sini, direman selama empat hari.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, wanita warga emas berkenaan ditahan selepas dia diserahkan sendiri oleh keluarganya kepada polis di balai berhampiran.

“Wanita terbabit mendapat perintah reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

“Dia akan dirujuk kepada rawatan psikiatri kerana didapati mempunyai gejala penyakit mental,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Semalam, media melaporkan mengenai kejadian tular mengenai wanita berkenaan yang bertanya kepada seorang jemaah mengenai suara bacaan bilal dan imam terlalu kuat sehingga mengganggu kejiranan.

Berikutan kejadian itu tular, laporan polis dibuat 15 Mac lalu di Balai Polis Batu Feringghi dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini