comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Wanita dituduh curi 47 barang pasar raya serentak

FOTO: NSTP

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas tuduhan mencuri pelbagai jenis barangan bernilai lebih RM539 di sebuah pasar raya di sini.

Tertuduh, Rasyidah Ramly, 46, membuat pengakuan itu sebelum mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri 47 jenis barang milik sebuah pasar raya bernilai lebih RM539.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pasar raya di daerah ini pada jam 3.30 petang, 23 Mac lalu.

Dia yang didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda serta penjara dan sebat bagi kesalahan kedua dan seterusnya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 30 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Khairi Mohamed Noor manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nurul Hanis Mohd. Zaini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini