comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Wanita miliki 102 alat mainan seks didenda RM2,000

 

BALIK PULAU: Seorang peniaga wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Balik Pulau atas pertuduhan memiliki 102 unit peralatan mainan seks di sebuah premis dalam kompleks membeli-belah pada 6 Februari lalu.

Sarah Phoon, 29 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Chia Huey Ting.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa memiliki alat lucah iaitu 102 unit peralatan mainan seks.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah premis dalam kompleks membeli-belah di Persiaran Bayan Indah, Bayan Lepas, 6 Februari lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

Majistret menjatuhkan hukuman denda dua ribu ringgit terhadap tertuduh.

Dia turut berdepan hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini