Tumpuan :
Mahkamah

Warga Thailand dipenjara 70 bulan, 10 sebatan miliki kanabis

Seorang nelayan warga Thailand, Thanakrit Srichan, 27, dipenjara 70 bulan dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kangar kerana miliki ganja. FOTO NSTP

Oleh: Selwam Arjunan

KANGAR: Seorang lelaki warga Thailand dijatuhi hukuman penjara 70 bulan dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan pindaan memiliki dadah jenis kanabis.

Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid menjatuhkan hukuman itu terhadap Thanakrit Srichan, 27, yang mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki kanabis seberat 100.4 gram di Laluan Import Pos Kawalan Imigresen (ICQS) Wang Kelian, Padang Besar, Perlis pada 5.40 petang, 5 Ogos lepas.

Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum dibawah Seksyen 39A(2) Akta Yang Sama.
Tertuduh yang berasal dari Satun, Thailand itu masuk ke negara ini menggunakan van penumpang dan pemeriksaan anggota Kastam menemukan dadah tersebut dalam beg kain yang diletakkan dibawah kerusi penumpang.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis, Nurul Idayu Ismail bersama Suriati Yahaya.

Mahkamah memutuskan hukuman penjara itu berjalan dari tarikh tangkapan pada 5 Ogos lepas.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini