comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO]1 maut, 3 motosikal terbabas ke dalam parit

MELAKA: Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas motosikal yang ditunggangi mereka terbabas ke dalam parit di Jalan Bukit Katil di sini, pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, PBK II Riduan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 6.49 pagi tadi sebelum sepasukan pegawai serta anggota dari BBP Bukit Katil dikejarkan ke lokasi kejadian.

3 penunggang motosikal terbabas ke dalam parit yang sedang dalam kerja-kerja pembinaan.- FOTO: Ihsan Bomba Melaka

“Sebaik tiba didapati tiga penunggang motosikal telah terbabas ke dalam parit yang sedang dalam kerja-kerja pembinaan.

“Salah seorang mangsa dipercayai telah meninggal dunia manakala dua lagi mangsa mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

FOTO: Ihsan Bomba Melaka

Mengulas lanjut beliau berkata, pasukan bomba telah melakukan operasi mengeluarkan mangsa dari dalam parit berkenaan.

Mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Loading...
Terkini