comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 10 anak yatim berdepan detik cemas van dinaiki bertembung kereta

 

Oleh: Zahir Senapiah

KOTA TINGGI: Sepuluh anak yatim berdepan detik cemas apabila van yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan di Jalan Kluang-Bandar Tenggara, dekat Felda Sungai Sayong, petang semalam.

Dalam kemalangan yang dilaporkan berlaku jam 6.30 petang pemandu kereta jenis Nissan Sentra dikenali sebagai Aminudin Sanusi, 54, maut ditempat kejadian.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, sebuah jentera bersama tujuh anggota dari balai Bandar Tenggara diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Awang Ismail Awang Hanafi dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan.

Katanya, sebaik tiba pihaknya mendapati sebuah van yang membawa 10 anak yatim terbabit dengan kemalangan dengan sebuah kereta Nissan Sentra yang datang dari arah bertentangan.

Akibat kemalangan itu, pemandu kereta Nissan Sentra parah dan tersepit ditempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi.

Manakala 10 anak yatim dan pemandu van yang berumur 41 tahun hanya mengalami cedera ringan.

Mereka yang cedera terdiri daripada 4 Lelaki berumur 14 tahun, masing-masing satu berumur 9, 13 tahun dan 4 perempuan berumur 14 dan 15 tahun.

Pemandu dan 10 anak yatim yang cedera di hantar ke Hospital Kulai untuk rawatan lanjut.

Semua remaja dan pemandu van berkenaan adalah dari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Bandar Tenggara (PEYARA).

Pemandu kereta yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Polis masih menyiasat punca sebenar kemalangan.

Loading...
Terkini