comscore
Tumpuan :
Nasional

10 cedera, nahas bas persiaran-lori

Oleh: Zahir Senapiah

KULAI : 10 cedera selepas sebuah bas persiaran terbabit kemalangan dengan sebuah lori di kilometer 33.6, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, pagi tadi.

Pemandu bas cedera di kaki selepas tersepit di tempat duduk pemandu dan terpaksa dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat dalam kejadian kira-kira jam 6.15 pagi.

Lapan penumpang bas serta pemandu lori berusia 72 tahun cedera ringan.

Ketika kemalangan terdapat 8 penumpang dalam bas persiaran berkenaan termasuk 4 lelaki dan 4 perempuan berumur dalam lingkungan 30an.

Bas dan lori berkenaan dalam perjalanan dari Johor Bahru menuju ke utara.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Johor, pihaknya menerima panggilan jam 6.28 pagi.

“Sebuah jentera bersama 7 anggota dari Balai Kulai diketuai Pegawai Bomba Kanan Dua, Mohd Khairil Buang bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan dan mendapati 10 mangsa dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dan sebuah lori Nissan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, empat penumpang bas dihantar ke Hospital Kulai menggunakan jentera EMRS.

Manakala pemandu bas berumur 33 tahun yang cedera dikaki akibat tersepit di tempat duduk dikeluarkan menggunakan peralatan khas sebelum diserah kepada pegawai kesihatan yang berada di lokasi kemalangan untuk tindakan susulan.

Polis sedang menyiasat punca sebenar kemalangan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini