comscore
Tumpuan :
Nasional

10 hektar hutan simpan terbakar

PETALING JAYA: Seluas 10 hektar Hutan Simpan Raja Musa, Bestari Jaya membabitkan kompartment 99 terbakar sejak Khamis lalu.

Operasi pemadaman yang ditangguh petang semalam bersambung jam 8 pagi tadi.

Seramai 59 anggota melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Bestari Jaya, agensi berkaitan termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta Jabatan Perhutanan masih bertungkus lumus memadam kebakaran yang masuk hari ketiga.

Unit dron turut digerakkan bagi memudahkan pemantauan.

Menurut Pusat Gerakan Operasi JBPM Selangor, operasi hari ini menggunakan 2 unit escavator  dan kaedah ‘direct attack’ iaitu masuk ke kawasan kebakaran lebih dekat dalam usaha memadamkan api.

“Peratus pemadaman sebanyak 12.5 peratus pada hari kedua (sehingga jam 6 petang semalam),” katanya dalam satu kenyataan.

Loading...
Terkini