comscore
Tumpuan :
Nasional

10 kes baharu, 86 kes sembuh hari ini

KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 7,629 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan wabak itu adalah 1,345 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebanyak 86 kes sembuh pula dicatatkan, dengan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 6,169 kes atau 80.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Setakat dilaporkan hari ini, lapan kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah itu, empat kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada maklumat terkini Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes atau 1.51 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini hari ini.

Loading...
Terkini