comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 14 kontena terbakar di Pelabuhan Barat

Tangkap layar video tular

KLANG: Sebanyak 14 buah kontena dilaporkan terbakar di Pelabuhan Barat, Pulau Indah di sini, hari ini.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 1.40 petang.

Katanya, seramai 24 anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian bersama tujuh buah jentera termasuk Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang kesemuanya dari lima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) iaitu Pulau Indah Pelabuhan Klang, Sungai Pinang, Andalas dan Shah Alam.

“Laporan awal menyatakan kebakaran melibatkan sebuah kontena dan telah musnah 100 peratus.

“Hasil pemeriksaan kebakaran itu melibatkan 10 buah kontena yang berukuran 3 meter.

“Kerja-kerja mengalihkan kontena yang terbakar dilakukan oleh pihak Pelabuhan Barat menggunakan kren,” katanya hari ini.

Laporan terkini jam 6.50 petang, pihak bomba mengesahkan sebanyak 14 buah kontena terbakar.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini