comscore
Tumpuan :
Nasional

10 lelaki ditahan, leka main judi di padang permainan 

Sebahagian daripada 10 individu yang ditahan kerana disyaki bermain judi, direman selama tiga hari.- Foto: NSTP

GEORGE TOWN: Polis menahan 10 lelaki yang sedang leka bermain judi daun terup secara terbuka di padang permainan sebuah kawasan perumahan di Jalan Batu Uban di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata kesemua mereka yang berusia 21 hingga 36 tahun itu ditahan pada 4.45 pagi, hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan oleh pihak polis.

“Mereka ketika ditahan disyaki sedang bermain judi daun terup di kawasan terbuka dan polis turut merampas 52 keping daun terup, dua meja, lampu suluh serta wang tunai RM2,736 dipercayai hasil kegiatan perjudian tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semua 10 lelaki itu kini direman selama tiga hari sehingga 2 April dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.-  BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini