
PUTRAJAYA: Hanya Sarawak masih belum mengumumkan kadar zakat fitrah bagi tahun 1445H/2024M.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pihak Majlis Islam Sarawak (MIS) difahamkan akan mengumumkan perkara berkenaan dalam masa yang terdekat sebagai rujukan bagi masyarakat Islam negeri itu untuk menunaikan ibadah fardu berkenaan.
Beliau ditemui selepas merasmikan Pelancaran Sambutan Ihya Ramadan Peringkat Kebangsaan 2024 di Masjid Putra, di sini, hari ini.
Menurutnya, daripada negeri-negeri yang sudah mengumumkan kadar zakat fitrah, hanya Pahang dan Perlis menetapkan kadar tunggal iaitu RM7 manakala Sabah RM7.50.
Negeri-negeri lain yang menetapkan kadar zakat fitrah minimum RM7 tetapi turut mempunyai kadar median dan paling tinggi ialah Johor, Negeri Sembilan, Kelantan, Melaka, Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Wilayah Persekutuan.
Perak kadar zakat fitrah minimum RM8 dengan yang tertinggi RM24 manakala Terengganu dua kadar; minimum RM10 dan tertinggi RM22.
Tamat
Infografik:
Kadar Zakat Fitrah 1445 Hijrah / 2024 Masihi
Johor RM7 / RM12 / RM20
Negeri Sembilan RM7 / RM12.50 / RM22
Kelantan RM7 / RM14 / RM21
Melaka RM7 / RM14 / RM21
Pulau Pinang RM7 / RM14 / RM21
Selangor RM7 / RM14 / RM21
Kedah RM7 / RM14.50 / RM22
Wilayah Persekutuan RM7 / RM15 / RM22
Perak RM8 / RM16 / RM24
Terengganu RM10 / RM22
Pahang RM7
Perlis RM7
Sabah RM7.50
Sarawak BELUM UMUM
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.